Reunion MPTB 9597 - 25 Disember 2010

Reunion Bekas Guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun Batch 1995/97 buat kali pertama telah berjaya dilaksanakan pada 25 Disember 2010 di Dewan Kirkby, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terima kasih buat rakan guru yang sudi hadir bagi memeriahkan Reunion MPTB 9597 kali pertama ini. Terima kasih dan penghargaan kepada Pensyarah Penasihat iaitu En Wan Kamarudin & En Shafie (Abah Pie) kerana sudi hadir ke Reunion MPTB 9597. Meskipun penyertaan dari Ahli Alumni agak kecil tetapi Reunion MPTB batch 1995-97 yang julung kali diadakan ini amat bermakna sekali, ditambah lagi menginap 2 malam di Asrama MPTB, mandi di bilik Air Asrama & Lepak-lepak di Asrama Blok A MPTB. Semoga perhubungan persahabatan sesama Rakan Guru MPTB 9597 berkekalan hingga akhir hayat. InsyaAllah





Download Huraian Sukatan KSSR Tahun 1


Lirik Lagu Maher Zain - ماهر زين - إن شاء الله

Maher Zain seorang penyanyi dari Sweden yang dilahirkan Lubnan berusia 29 tahun. Beliau telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung 'Thank You Allah' mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering berkumandang di radio dan internet. Pernah tercatat di kedudukan No 1 carta Amazon's World Music dan No 9 carta R&B dan mencipta sejarah tersendiri di Malaysia apabila mencatat rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu. Muzik videonya dilihat lebih dari 5 juta pengunjung di laman Youtube serta mempunyai lebih dari 1.5 juta peminat di laman Facebook. Maher Zain mendapat sambutan menggalakkan pada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden, USA, Malaysia dan sebagainya.

Album 'Thank You Allah'
1. Always Be There"
2. Ya Nabi Salam Alayka"
3. Insha Allah
4. Palestine Will Be Free
5. Thank You Allah
6. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
7. The Chosen One
8. Baraka Allahu Lakuma
9. For the Rest of My Life
10.Hold My Hand
11.Awaken" 3:43
12. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
13. Open Your Eyes
14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)
15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Masjid Zahir مسجد ظاهير


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Pencapaian UPSR 2010 SK Nami, Kedah.

Seramai 43 calon menduduki Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami 2010 . Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2010 ialah 46.5% iaitu menurun sebanyak 1.4% berbanding tahun 2009 iaitu 47.9%. Agak malang tahun 2010 ini kerana tiada murid yang memperolehi pencapaian 5A, hanya 2 orang murid mendapat keputusan 4A, 1B dan seorang murid mendapat 4A 1C.
Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-
* Mata Pelajaran Sains masih mengekalkan pencapaian tertinggi sebanyak 90.7% iaitu Meningkat sebanyak 1.1% berbanding 89.6% pada tahun 2009 .
* Mata Pelajaran Matematik mencatat peratus lulus sebanyak 86% iaitu meningkat sebanyak 36% berbanding pencapaian tahun 2009 iaitu 50%.
* Mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) mendapat 83.1% iaitu meningkat sebanyak 10.2% berbanding 72.9% pada tahun 2009.
* Mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) mendapat 74.4% iaitu menurun sebanyak 0.6% berbanding 75% pada tahun 2009.
* Mata pelajaran Bahasa Inggeris mendapat 58.1% iaitu menurun sebanyak 21.1% berbanding 79.2% pada tahun 2009.

Selaku Guru Sains Tahun 6 & Ketua Panitia Sains, pencapaian peratus kelulusan mata pelajaran sains ini sungguh amat membanggakan dan memberi kepuasan tak terhingga.

Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman

Kedah Era Awal 1990an & Kedah Era 2007/2008

Pasukan Kedah Era awal 90an (1992-1994) ini merupakan pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 2 pada tahun 1993 dan menjadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun 1992. Pasukan kedah pada waktu itu juga berjaya merangkaul kejuaraan Liga Division 2 tahun 1992 & menjuarai Liga Division 1 tahun 1993. Pasukan Kedah pada masa ini dibarisi oleh Radhi Mat Din, Norazam Ishak, Mohd Ramli, K.Ravichandran dan lain-lain serta diperkuatkan lagi oleh 3 orang pemain import yang cukup hebat iaitu Olubunmi Adigun (Nigeria), Peter Nieketien (Nigeria) & Tibor Szaban (Slovakia).
Pasukan Kedah mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 setelah berjaya menewaskan pasukan Singapura (3-1) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pasukan Bola Sepak Kedah Era 2007/2008 terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Pasukan Kedah pada waktu ini dibarisi oleh ramai pemain muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Antaranya ialah Badrol Bahtiar, Khyril Muhymeen, Thiru, Fauzi (Pak Long), Shafizan, Victor, Sabree Abu dan lain-lain.
Pasukan Kedah juga diperkuatkan oleh gandingan mantap 3 orang pemain import yang cukup berpengalaman. Dua permata hitam dari Saint Vincent and the Grenadines iaitu Marlon Alex James & Cornelius Bernard Huggins serta pemain tengah yang licik Nelson San Martin dari Chile.

Kejayaan seperti ini amat ditagih oleh peminat Bola Sepak Kedah pada masa ini. Di harap Pasukan Bola Sepak Kedah dapat menjelma semula Zaman Kegemilangan Bola Sepak Kedah.

"Pulun Kedah Pulun"

Biar Jasa Jadi Kenangan

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

Banjir di Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman ( Nov 2010 )

Banjir di Daerah Padang Terap pada Nov 2010 ini agak besar berbanding Banjir Besar pada tahun 2005. Di Daerah Padang Terap, banjir melanda 28 kampung, antaranya termasuk Kampung Padang Sanai, Kampung Pokka, Kampung Tanjong, Kampung Padang Cenderai, Kampung Tanjung Gorek, Kampung Padang Gelanggang, Kampung Kuala Janing, Kampung Mani A, Kampung Mani B, Kampung Mani C, Kampung Bendang Raja dan Kampung Labi.

Di Sekitar pekan Kuala Nerang juga menyebabkan beberapa kawasan Taman Perumahan & Bangunan kedai dinaiki air. Sembilan jalan di Padang Terap juga ditutup kerana ditenggelami air iaitu Jalan Kuala Nerang-Padang Sanai, Jalan Kampung Tanjung-Pokka, Jalan Tualak, Jalan Barokhas-Kuala Nerang, Jalan Semeliang, Jalan Kampung Rambutan, Jalan Kampung Tengah-Kubu, Jalan Kuala Pai dan Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena. Jumlah mangsa banjir yang terlibat kali ini melibatkan 3,821 orang.

Broken English

Bahan Pembelajaran Anak-anak Pra Sekolah

Untuk memuat turun bahan pembelajaran (Power Point) untuk anak-anak peringkat umur pra sekolah sila klik ke link di bawah :-

Daun Ketum

Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin. Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

Tanda-tanda dan gejala
Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil). Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 @ 5 hari.

Kesan dan akibat Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap.Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).

Jadual Peperiksaan UPSR/PMR/SPM 2010

Muat turun Jadual Peperiksaan 2010 (UPSR/PMR/SPM)

Laman Blog Sains Sekolah Rendah

Laman Blog Sains Sekolah Rendah ini diwujudkan Khusus untuk guru-guru Sains Sekolah Rendah. Semua Guru Sains Sekolah Rendah dipelawa untuk berkongsi apa-apa bahan dan pautan yang berkaitan dengan P&P Sains Sekolah Rendah. Guru-Guru Sains Juga boleh berkongsi pendapat atau cadangan bagi penambahbaikan dalam P&P Sains sekolah rendah. Oleh itu sekiranya Guru-guru yang mempunyai apa-apa bahan berkaitan Mata Pelajaran Sains atau Panitia Sains, sptr ;- Bahan P&P, Rancangan Tahunan, Sukatan Pelajaran, PEKA, Soalan Peperiksaan, Soalan Ujian bulanan dan sebagainya bolehlah dikumpulkan di laman blog ini. Semoga blog ini menjadi tumpuan guru-guru sains bagi memuat turun pelbagai bahan sains & berkongsi pandangan bersama-sama. Sekiranya anda mempunyai bahan Sains yang ingin dikongsi bersama Sila emailkan bahan tersebut ataupun emaikan URL (4shared dan lain-lain) ke primaryscience@ymail.com. Guru Sains Sekolah rendah juga dijemput untuk menyertai Facebook Group 'SAINS SEKOLAH RENDAH'.

Sila klik link di bawah :-

Konvokesyen ke-8 Open University Malaysia

Konvokesyen ini yang dibuka secara rasminya oleh Canselor OUM iaitu YAB Tun Jeanne Abdullah telah bermula pada 19 Jun hingga 22 Jun 2010. Konvo ini telah dijalankan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Lebih dari 5,800 graduan telah menerima masing-masing.


Berjalan di atas pentas menerima segulung ijazah sambil disaksikan oleh keluarga tersayang adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan bagi seseorang yang bergelar siswa. Alhamdulillah, akhirnya berajaya juga menamatkan pengajian di Open University Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Dengan Kepujian.




Prudential BSN Takaful

Dalam kehidupan seharian, kita mungkin menghadapi pelbagai risiko di masa hadapan seperti :-
Kemalangan, Kematian, Hilang upaya kekal, Penyakit Kritikal & Usia yang terlalu tua.

Semua di atas diangggap risiko kerana jika salah satu daripadanya berlaku, besar kemungkinan kita belum bersedia menghadapinya dari segi survival dan sara hidup diri atau orang yang disayangi.

Justeru, adakah kita mahu tergolong di kalangan "orang-orang yang tidak bersedia" itu?

Fikirkan tentang anak-anak, isteri, ibu, ayah serta mereka yang mengharapkan sokongan dan pertolongan dari anda. Bagaimana jika anda tiada atau tiada upaya??

"Menyertai Pelan Takaful Keluarga seumpama anda MEMBERI keluarga anda sesuatu supaya keluarga anda dan anda dapat mengurangkan bebanan risiko di masa hadapan."

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allah swt Ber'firman:
“ Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), Maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah: 240)

Nabi jua pernah bersabda :
"Tinggalkanlah isteri dan anak-anak kamu di dalam kesenangan, daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta." Riwayat Saad Bin Abi Waqqas.

Dan sedikit kata-kata dari saya:
"Takaful bukan satu cabang untuk mengelak risiko, tetapi ianya satu persedian mengurangkan bebanan risiko yang mungkin kita hadapi di masa hadapan dan ianya juga merupakan satu simpanan jangka panjang yang sistematik bagi diri kita dan keluarga kelak..."

Untuk maklumat lanjut sila layari :-
http://bsn-prudential.blogspot.com

Sekiranga anda ingin mendapatkan quatation percuma berkaitan sumbangan bulanan Prudential & Prudential BSN Takaful, sila klik ke :-
Quatation Percuma

Score A Programme™

Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif secara online berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Apakah pembelajaran output?
Pembelajaran Output ialah satu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.


Score A Programme meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia. Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Ing
geris
3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
5. Bahasa Cina


Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Matematik (Bahasa Inggeris)

4. Sains (Bahasa Inggeris)

5. Bahasa Cina

6. Sejarah

7. Geografi


Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.

Kesusasteraan:

1. Bahasa Inggeris

2. Matematik

3. Sejarah

4. Sains

5. Perdagangan

6. Prinsip Akaun

7. Ekonomi Asas


S
ains:
1. Bahasa Inggeris

2. Matematik

3. Sejarah

4. Fizik

5. Kimia

6. Biologi


HARGA BAGI MELANGGAN SCORE A PROGRAM (RM596.00 SAHAJA)
1 PORTAL RM596.00 sahaja.
(6 BULAN)
2 Activation Code (RM50 X 2 = RM100.00)
6 Bulan Kod Akses Top-up (RM248 X 2 = RM496.00)



HARGA BAGI PENDAFTARAN ANAK SETERUSNYA

Pendaftaran untuk anak yang ketiga atau seterusnya hanya RM50 sahaja bagi memiliki eReport Card. (*Sekali sahaja seumur hidup). Jika anda mempunyai 4 orang anak, 2 orang anak boleh di aktifkan menggunakan 2 Activation Code yang sedia ada pada 1 PORTAL selama 6 Bulan. Bagi selebih 2 orang anak, anda hanya perlu membeli 2 sahaja Activation Code (RM50 x 2 orang = RM100).

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK KE
http://scorea-fba.blogspot.com